Lansing

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 30 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

Bahaya Diet Drastik

AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Lepas Bersalin

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 30 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

SIAPA LAGI MAHUKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT DAN ANGGUN SELEPAS BERSALIN, TANPA PERLU MINUM UBAT PERIUK SERTA JAMU YANG PAHIT?

Setiap wanita yang baru bersalin mengimpikan badan yang lansing seperti sewaktu sebelum mereka bersalin. Bagi anda yang sememangnya mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berpantang selama 44 hari dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Biarpun anda sudah bergelar seorang ibu, kecantikan dan kecergasan diri mesti dititik beratkan

Resdung

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 30 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

Risiko jangkitan otak

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Habbatussauda

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 30 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN BERSAMA HABBATUS SAUDA

Habbatussauda

Habbatus Sauda’ adalah sejenis tumbuhan semula jadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang bewarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’.

Gastrik

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Khamis, 29 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

Apa itu Gastrik?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Diabetes

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Khamis, 29 Disember 2011. Kategori: Info Kesihatan

PENYAKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Jurnal

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 23 Disember 2011. Kategori: Info Homeopathy

Penemuan Homeopathy dengan Ajaran Al-Quran ini disusun adalah disebabkan oleh permintaan Anggota Pengasas Perubatan Homepathy Malaysia yang merasakan banyak perkara Pokok Asas Pengajian Perubatan Homeopathy ini dapat dipertemukan dengan Al-Quran dan Hadith Nabi A.S. dari sudut Ilmu dan Sarjana.

Di antara lain, Homeopathy adalah salah satu School of Medicine yang mempunyai prospektusnya sendiri, yang berlainan dengan sistem perubatan tradisi, iaitu Sistem Perubatan Allopathy yang terkenal dengan perubatan moden.

Konsep Sakit Menurut Homoepathy

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 23 Disember 2011. Kategori: Info Homeopathy

Konsep Sakit Menurut Homoepathy

Orang sihat itu ialah orang yang tidak ada apa-apa semboyan yang merungsingkan atau menggangu di dalam dan di luar tubuh badan seseorang itu menurut pertimbangannya yang berkeadaan waras pada waktu itu, maka perasaannya pun sukacita dan perangainya baik, tetapi bila seseorang itu sakit maka timbullah perubahan yang merungsingkan diri yang dirasainya pada sebelah dalam tubuhnya atau di luar tubuhnya.

Persatuan Homoepathy di Malaysia

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 23 Disember 2011. Kategori: Info Homeopathy

drSecara rasmi persatuan ini didaftarkan pada tahun 1961 di mana pengasas dan presiden pertamanya Prof. Dr. Burhanuddin Helmy. Setiausaha agungnya ialah Dr. Muhammad bin Hanif. Bendahari agungnya ialah Dr. Yaakob Ibrahim dan ahli jawatan kuasa yang lain termasuklah Dr. Bahrom Shah, Dr. Ismail Muhammad. Ibu pejabat waktu itu di 38-B Jalan Hale Kuala Lumpur (Sekarang jalan Raja Hale dikenali sebagai Jalan Raja Abdullah).

Pejabat ini di buka untuk klinik dan pelajar-pelajar dan pelatih Homeopathy. Dalam ucapan sulungnya Prof. Dr. Burhanuddin telah mengatakan tujuan dan matlamat persatuan iaitu:

Pengenalan Homeopathy

Ditulis oleh Dr. (H) Mahyuddin Hamid pada Jumaat, 23 Disember 2011. Kategori: Info Homeopathy

Pengenalan Homeopathy

Homeopathy ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh iaitu perubatan yang menggunakan kaedah ‘serupa’ atau, mengubat mengikut reaksi atau mengubat seseorang pesakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Cogan kata kaedah ini disebut dalam bahasa Latin “SimiliaSimilibus Curentur”. Ertinya “serupa dengan serupa boleh menyembuhkan”. Kaedah ini diperkenalkan oleh bapa perubatan yang masyhur bernama Hippocrates yang dilahirkan pada tahun 460 sebelum masihi, di Pulau Cose.